8 & 9 Oktober 2011 aku ngan my fiance g kursus kawin. mane dpat borng? aku ambik kt member aku. kalo nk senang, g jabatan agama daerah masing2 then ley mintak kt ctu. Bayaran kursus rm120 sorg. Kursus tu mule kol 8am smpai la 4.30pm..agak lame la..dh mcm kursus induksi yg aku g dlu je haha. Bese la kalo kursus memang agak boring ngan mengantuk huhu. Tambah lak econ yg sejuk gile. Agak beku seketika la sementara nk tgu abis ptg nye haha. Bayaran tu sekali ngan breakfast ngan lunch. okla kan. 2 in 1.Dapat ilmu sekali ngan makan. Tempat pon selesa. Kami kursus kt Masjid India Kluang je. Dua hari kami gigih pepagi dh bangun semate2 nk g kursus kawin. **kami berdua kuat tido sebenarnye lalala.... Alhamdulilah..akhirnye arini abis gak kursus kawin kami.**dah ley kawin hehe.... Lom ley kawin lagi lor. Kene setelkan bende2 penting lain.
ANTARA TOPIK YG DIBINCANGKAN:
1. KELUARGA SAKINAH
2. IBADAH
3. PENGURUSAN KONFLIK, STRESS & PERKHIDMATAN KAUNSELING
4. AKHLAK & HUBUNGAN DALAM KELUARGA
5. PENGURUSAN KESIHATAN
6. KOMUNIKASI & PENGURUSAN SUMBER KELUARGA
7. PEMBUBARAN PERKAHWINAN
8. AQIDAH
9. PROSEDUR MAHKAMAH SYARIAH
10. MUNAKAHAT
11. PROSEDUR PERKAHWINAN
Abis selesai kursus, hari kedua bru kami terime sijil kursus masing2. Then, pasni de interview lak. Tapi dlm mase yg same kene sediakan dokumen2 penting.
DOKUMEN PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN
1. BORANG 2 *ambik kt pejabat agama daerah (RM5)
2. BORANG UJIAN PEMERIKSAAN HIV *ambik kt pejabat agama daerah **buat kt klinik/hospital kerajaan sahaja
3. SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN
4. IC ASAL & POTOSTAT PEMOHON
5. POTOSTAT IC WALI
6. POTOSTAT IC 2 ORG SAKSI
7. SURAT AKUAN STATUS DIRI (BUJANG) *mintak kt ketua kampung/penghulu/majikan
8. JIKA PEMOHON ANAK SULUNG DLM FAMILY, KENE SERTAKAN SIJIL NIKAH IBU BAPA
***Oleh sebab my fiance org sme daerah, so xpyh bawa bersama dokumen kebenaran berkahwin luar kawasan pasangan.
***aku ngan fiance pon bukan tentera/polis, so xyh mintak surat kebenaran khas dri majikan
DOKUMEN PERMOHONAN NIKAH LELAKI
1. BORANG 1 *ambik kt pejabat agama daerah (RM5)
2. BORANG UJIAN PEMERIKSAAN HIV *ambik kt pejabat agama daerah **buat kt klinik/hospital kerajaan sahaja
3. SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN
4. IC ASAL & POTOSTAT PEMOHON
5. POTOSTAT IC 2 ORG SAKSI
6. SURAT AKUAN STATUS DIRI (BUJANG) *mintak kt ketua kampung/penghulu/majikan
***Semua dokumen ni kene setelkan dlm tempoh 90 hari dri tarikh nikah. Then, kebenaran berkahwin dikeluarkan selewat2nye 7 hari dari tarikh pernikahan.
|
abis kursus. muke hepi hehe |
|
sijil & buku panduan
***banyak ilmu kene belajar even nnt dh de rumahtangga sendiri =) |